My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 6 December 2017

    Gunakan Pengangkutan Awam Untuk Elak Kesesakan




    Sepanjang minggu ini, sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) akan mengalami kesesakan luar biasa berikutan berlangsungnya Pehimpunan Agung UMNO kali ke 71. Kesesakan ini dapat disaksikan seawal jam 7 pagi ditambah pula dengan kesesakan sedia ada bagi mereka yang bekerja di sekitar kawasan ini.

    Bagi mengelakkan kesesakan yang boleh merimaskan bagi mereka yang bekerja atau menghadiri PAU 2017 kali ini, orang ramai di cadangkan menggunakan pengangkutan awam yang melalui hadapan PWTC.

    Bagi mereka yang datang dari Kuala Lumpur, mereka boleh menggunakan kenderaan awam seperti bas henti-henti. Bagi mereka yang menginginkan pengangkutan awam yang lebih pantas, mereka boleh menggunakan LRT laluan menuju Sentul Timur yang akan melalui stesyen PWTC setiap 3 hingga 5 minit.

    Daripada pemerhatian penulis, pilihan utama kebanyakan hadirin yang menghadiri PAU kali ini adalh dengan menggunakan perkhidmatan LRT. Menurut salah seorang perwakilan yang hadir, sistem pengangkutan awam yang tersusun hari ini telah banyak memudahkan perwakilan untuk hadir tepat pada waktunya walaupun mereka menginap di hotel yang jauh dari PWTC.

    Banyak pilihan yang boleh dipilih oleh para pengguna samada menggunakan Monorel, MRT dan sistem LRT. Cuma katanya, jika memilih sistem pengangkutan awam seperti Monorel dan MRT, mereka terpaksa transit ke sistem LRT bagi memudahkan mereka sampai ke PWTC.

    Inilah nikmat kemajuan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia terutamanya selepas tertubuhnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) yang bertanggungjawab melestarikan pengangkutan awam yang kita dapat saksikan hari ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Gunakan Pengangkutan Awam Untuk Elak Kesesakan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top