My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 7 December 2017

    Impak Pengiktirafan Amerika Terhadap Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Israel



    Isu berkaitan perseteruan antara Palestin dan Israel bukanlah satu perkara baru yang diperkatakan oleh komuniti dunia. Ada sahaja isu berbangkit membabitkan negaara Palestin dengan negara haram Israel yang boleh mengganggu kestabilan negara-negara Arab. Tambahan pula, kewujudan Israel sentiasa mendapat dokongan dan sokongan daripada Amerika Syarikat selaku sekutu utama mereka.

    Sudah terlalu banyak nyawa dikorbankan. Sudah terlalu banyak air mata mengalir menangisi nasib penduduk Palestin yang teruk ditindas sejak perjanjian penuh penipuan yang dibuat penjajah Inggeris dengan Kerajaan Uthmaniah sekitar tahun 1920an. Sudah terlalu banyak rintihan kedengaran di peringkat antarabangsa namun hanya sedikit yang berani tampil membantu.

    Terkini, Presiden Amerika, Donald Trump akhirnya mengotakan janjinya semasa pemilihan Presiden Amerika tahun lalu dengan mengiktiraf kota suci ketiga umat Islam, Baitulmaqdis menjadi Ibu Kota Israel dan akan memindahkan kedutaan Amerika di Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

    Pengiktirafan ini bukan sahaja mengejutkan dunia malah ianya turut menimbulkan kebimbangan dunia akan kemungkinan kebangkitan Intifada kali ketiga. Malah, paling dibimbangi adalah kestabilan rantau Teluk juga mungkin dipertaruhkan oleh Trump terhadap pengiktirafan seumpama ini.

    Umum sedia maklum bahawa Baitulmaqdis adalah kota suci Islam ketiga selepas Mekah dan Madinah serta pernah menjadi kiblat pertama umat Islam. Justeru, pengiktirafan seumpama ini memungkinkan akan kebangkitan pengganas-pengganas Islam yang akan mengambil kesempatan mengganggu gugat dunia dengan alasan membela nasib Baitulmaqdis.

    Ini bukannya ancaman palsu ataupun satu retorik politik dunia semata-mata. Sehingga hari ini, umat Islam masih lagi menangisi kematian para syuhada di dalam satu perang yang berlangsung antara 1948 sehingga 1956. Dalam perang inilah Bukit Golan yang selama ini menjadi lokasi strategik ketenteraan Syria dan Palestin di tawan dan masih menjadi milik Israel sehingga hari ini.

    Itu belum lagi membicarakan tentang penyembelihan beramai-ramai pelarian Palestin yang digelarkan sebagai penyembelihan umat Islam di Sabra dan Shatila pada thaun 1982. Kesemua ini telah membangkitkan penentangan hebat penduduk Palestin dan menjadi titik tolak kebangkitan para pejuang Islam sehinggakan perjuangan suci pada awalnya dimanipulasikan untuk membentuk pengganas.

    Justeru, bukan satu perkara yang menghairankan apabila terdapat ramalan yang menyatakan, pengiktirafan Trump terhadap Baitulmaqdis untuk dijadikan ibu kota Israel bakal menyebabkan meletusnya ketegangan di Rantau Teluk. Pastinya umat Islam akan bangkit menentang keputusan Trump ini dan paling dibimbangi, ianya menjadi alasan kuat buat pengganas Daesh bangkit semula.

    Mungkin Trump mempunyai alasannya yang tersendiri namun bagi umat Islam terutama para pemimpinnya, ianya adalah satu cubaan buat pengganas Israel menguasai sepenuhnya wilayah yang menjadi rebutan sejak sekian lama. Malah, besar kemungkinan, penduduk Palestin yang mendiami Baitulmaqdis sejak sekian lama, bakal menjadi pelarian di tanah air sendiri.

    Amerika Syarikat cukup menyedari impak dari keputusan Trump ini dan pastinya Israel akan menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Harus diingat, Baitulmaqdis adalah isu yang cukup sensitif dan besar kemungkinan, kebangkitan Intifada akan meletus semula di Palestin dengan sekali lagi rakyat Palestin akan menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai di tanahair mereka sendiri.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Impak Pengiktirafan Amerika Terhadap Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Israel Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top