My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 24 December 2017

    Isu Baitulmaqdis : MCA Beri Sokongan Penuh Kepada Kerajaan


    Isu membabitkan Baitulmaqdis yang begitu hangat diperkatakan diseluruh dunia, memang menarik perhatian sesiapa sahaja tanpa mengira apa jua agama dan juga kaum. Masing-masing menyuarakan sokongan terhadap rakyat Palestin dalam usaha mereka menuntut Baitulmaqdis dari diserahkan begitu sahaja oleh Amerika kepada Israel.

    Jumaat lalu, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengetuai kira-kira 2 ribu hadirin membuat himpunan Solidariti terhadap rakyat Palestin yang turut dihadiri oleh Duta Palestin ke Malaysia, Ketua Pemuda PAS dan ramai pemimpin tertinggi NGO di negara ini. Malah, kehadiran ketua NGO dari penganut agama Kristian dan Hindu, turut menampakkan solidariti rakyat Malaysia dalam isu ini.

    Membicaarakan solidariti rakyat Malaysia ini, Pemuda MCA semalam telah menyatakan ikrar mereka untuk menyokong apa jua langkah yang diambil oleh kerajaan dalam mendepani konflik yang paling lama dalam sejarah ketamadunan manusia ini.

    Malah, di fahamkan, kepimpinan tertinggi MCA turut menyatakan solidariti mereka terhadap rakyat Palestin dan akan bersama-sama kerajaan dalam apa jua tindakan kerajaan dalam isu ini.

    Dalam hal ini, mudah untuk disimpulkan bahawa, MCA sanggup mengenepikan perbezaan agama demi memastikan kesejahteraan sejagat dapat ditegakkan. Malah, MCA juga mengutuk sekeras-kerasnya keputusan yang diambil oleh Presiden Donald Trump yang sewenang-wenangnya membuli negara yang menyatakan sokongan mereka terhadap Palestin.

    Tidak pernah dalam sejarah, seorang Presiden Amerika sanggup mengugut negara yang menyokong menghalang pengisytiharan gila Trump ini. Hanya Donald Trump sahaja yang sanggup mengugut negara yang bersama-sama Palestin seperti memotong bantuan kewangan terhadap negara-negara berkenaan hanya semata-mata mahu menghalalkan pengisytiharan berkenaan.

    Oleh yang demikian, sebagai salah sebuah rakan parti komponen utama Barisan Nasional yang membentuk kerajaan hari ini, MCA akan kekal komited dan bekerjasama dengan kerajaan dalam memperjuangkan isu Palestin khususnya Baitulmaqdis.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Isu Baitulmaqdis : MCA Beri Sokongan Penuh Kepada Kerajaan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top