My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 11 December 2017

    Kastam Sarawak Rampas Rokok Seludup Bernilai RM3.2 Juta



    Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya merampas satu kontena mengandungi 4.3 juta batang rokok yang cuba diseludup masuk ke negara ini di Pelabuhan Senari di sini pada 4 Disember lalu. 

    Ketua Pengarah JDKM, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, rampasan itu dilakukan selepas pihaknya mendapati pihak pengimport gagal mengemukakan lesen serta mengisytiharkan barangan import yang dibawa. Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui satu kontena yang mengandungi 430 buah kotak rokok putih.

    "Siasatan awal mendapati kesemua kotak rokok tersebut diisytiharkan sebagai pembersih cat kuku dan pembersih air dalam Sistem Maklumat Kastam (SMK). Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM390,000 dengan anggaran cukai berjumlah RM3.2 juta," katanya dalam sidang media di JKDM Sarawak di sini hari ini.

    Mengulas lanjut, Subromaniam memberitahu, kesemua rokok tersebut telah disita di bawah Seksyen 114, Akta Kastam 1967. Katanya, kes tersebut pula disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 kerana mengimport barangan larangan.

    "Jika disabitkan bagi kesalahan pertama, pesalah boleh didenda tidak kurang daripada 10 kali dan tidak melebihi 20 kali duti kastam terlibat atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali," ujarnya lagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kastam Sarawak Rampas Rokok Seludup Bernilai RM3.2 Juta Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top