My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 15 December 2017

    KDNK Bakal Tumbuh 5.8% 2017



    Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia 2017 dijangka berkembang sebanyak 5.8 peratus, dari tahun ke tahun iaitu kadar pertumbuhan tahunan tertinggi sejak 2014. Pengarah Serantau Bank Dunia (Malaysia dan Thailand), Dr. Ulrich Zachau berkata, Bank Dunia menjangkakan ekonomi negara akan terus kukuh pada tahun depan dengan unjuran pertumbuhan sebanyak 5.2 peratus. 

    “Kepesatan pertumbuhan telah dirancakkan oleh pengukuhan dalam permintaan domestik, persekitaran pasaran buruh serta gaji yang lebih baik, termasuk permintaan luar untuk produk Malaysia dan eksport komoditi yang semakin meningkat.

    “Perbelanjaan modal juga telah naik disebabkan lonjakan dalam pelaburan swasta dan awam,” katanya. Advertisement Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan edisi ke-17, laporan Malaysia Economic Monitor di sini semalam.

    Zachau menjelaskan, meman­dangkan Malaysia dijangka mencapai status negara berpendapatan tinggi dalam tempoh beberapa tahun akan datang, maka adalah penting untuk meningkatkan pendapatan per kapita semua golongan, terutama kumpulan isi rumah berpendapatan rendah B40.

    “Ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada semua penduduk, malah mewujudkan perpaduan sosial merentasi semua kumpulan dalam negara. Bagaimanapun, kesaksamaan tetap menjadi cabaran walaupun pendapatan meningkat dan kerajaan perlu memastikan pertumbuhan negara terus mampan,” katanya.

    Sementara itu, Pakar Ekonomi Negara Bank Dunia, Dr Richard Record menjelaskan, unjuran jangka sederhana pada 5.2 peratus KDNK untuk 2018 adalah bersesuaian. “Kami amat yakin bahawa jika haluan polisi ekonomi sekarang dikekalkan, Malaysia akan terus menikmati pertumbuhan yang mantap,” jelasnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: KDNK Bakal Tumbuh 5.8% 2017 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top