My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 13 December 2017

    Kementerian Pengangkutan Bakal Tubuh Pasukan Pemantau




    Kebelakangan ini, antara perkara yang begitu kerap menghiasi dada-dada akhbar adalah kemalangan melibatkan bas dan lori yang mengakibatkan jumlah korban yang agak ramai. Hal ini telah menimbulkan sedikit kebimbangan sehingga menimbulkan persoalan, sejauh mana tahap keselamatan dan pemantauan dilakukan oleh pihak yang terlibat.

    Dalam hal ini, Kementerian Pengangkutan menerusi menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai akan menubuhkan Majlis Keselamatan Pengangkutan Negara (MKPN) yang bertanggungjawab bagi memantau semua aspek keselamatan berkaitan keselamatan jalan raya, rel, penerbangan dan maritim.

    Beliau berkata, badan ini akan menjadi sebuah badan bebas dan berkecuali bagi menyiasat punca bagi mana-mana kemalangan di jalan raya, laut dan juga udara. Beliau menambah, ianya merupakan salah satu daripada 51 cadangan yang diterima dan sebahagiannya telah  dilaksanakan dan selebihnya dalam proses perlaksanaan.

    Ujar beliau, kabinet telah meluluskan penubuhan MKPN itu dan kini dalam proses merangka penggubalan undang-undang berkaitan MKPN. Dalam masa yang sama, beliau turut mendedahkan kadar kehilangan nyawa melibatkan bas adalah 0.6 peratus dan lori pula sebanyak 3 peratus daripada keseluruhan angka korban di Malaysia dari tahun 2008 hingga September 2017.

    Melihat daripada penubuhan MKPN ini, boleh dianggap ianya sebagai salah satu daripada usaha kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan untuk mengurangkan kadar kemalangan maut jalan raya melibatkan dua buah kenderaan berat serta maritim dan udara di negara ini.

    Harus diakui, bukan senang untuk meminimakan kemalangan maut di ketiga-tiga sektor, udara, laut dan jalan raya namun menerusi penubuhan MKPN ini, diharapkan segala data dan hasil kajian punca kemalangan berkenaan dapat dijadikan penanda aras dan petunjuk, apa yang perlu diperbaiki dan sekaligus menjadikan pengangkutan ketiga-tiga sektor ini berada pada tahap yang terbaik.

    Apa yang pasti, pihak kerajaan dan Kementerian Pengangkutan boleh merangka pelbagai agensi namun sekiranya sikap mereka yang menggunakan jalan raya, maritim dan udara tidak berubah, penubuhan MKPN ini akan menjadi sia-sia.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kementerian Pengangkutan Bakal Tubuh Pasukan Pemantau Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top