My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 18 December 2017

    Kota Belud Dilanda Banjir Semula



    Baru pulih daripada banjir pada Jumaat lepas, Kota Belud kini terjejas banjir semula. Seramai 127 mangsa banjir daripada 67 keluarga di Kota Belud ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Masyarakat Tun Said hingga 6.30 pagi tadi. 

    Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, PPS Dewan Masyarakat Tun Said mula menerima mangsa kira-kira pukul 10 malam tadi akibat banjir yang melanda 14 kampung di daerah berkenaan.

    Di Penampang, setakat 8 pagi ini, lima mangsa banjir daripada sebuah keluarga ditempatkan di PPS Resthouse Kompleks Lembaga Sukan Penampang. PPS itu dibuka kira-kira pukul 8 malam tadi apabila sembilan kampung di daerah berkenaan terjejas banjir.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kota Belud Dilanda Banjir Semula Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top