My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 11 December 2017

    Malaysia Airlines Tawar Diskaun Sehingga 30 Peratus



    Malaysia Airlines Bhd. menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi tambang perjalanan kelas ekonomi ke destinasi terpilih menerusi promosi 'Malaysia Airlines Double 12' (12.12) mulai 12 hingga 15 Disember ini. 

    Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan nasional itu berkata, promosi empat hari tersebut sah untuk perjalanan mulai 19 Disember 2017 hinggga 31 Ogos 2018. Menurutnya, tawaran itu boleh didapati melalui laman web Malaysia Airlines www.malaysiaairlines.com, ejen pelancongan yang mengambil bahagian dan aplikasi mudah alih MHmobile.

    "Penerbangan terus Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Guangzhou ditawarkan serendah RM849, bermula RM899 ke Chongqing, bermula RM919 ke Shanghai, dan serendah RM999 ke Fuzhou.

    "Pelanggan juga boleh memilih pelbagai destinasi, termasuk Beijing dengan tambang serendah RM1,029, Nanjing bermula RM1,069, Xiamen daripada RM1,149, dan Haikou serendah RM1,169," menurut syarikat penerbangan itu.

    Malaysia Airlines juga menawarkan diskaun tambang bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong serendah RM569, dan Taipei daripada RM839. "Tawaran 12.12 ini termasuk pelepasan dari Kota Kinabalu dengan tambang serendah RM709 ke Taipei, dan bermula RM909 ke Shanghai," menurutnya.

    Malaysia Airlines berkata, tambang kelas ekonomi itu termasuk elaun bagasi daftar masuk 30 kilogram, hidangan makanan percuma dan hiburan dalam penerbangan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Malaysia Airlines Tawar Diskaun Sehingga 30 Peratus Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top