My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 16 December 2017

    Sampai Hati Kau Sang Bisa



    Hobi seorang remaja membela ular tedung selar sebagai haiwan kesayangan membawa padah apabila dia maut dipatuk haiwan berbisa berkenaan. Remaja yang dikenali sebagai Syahril itu dilaporkan meninggal dunia pada Rabu lalu selepas dirawat di hospital akibat dipatuk reptilia berkenaan. 

    Syahril yang berasal dari Bojongsoan, Jawa barat dilaporkan membela reptilia berbisa berkenaan sejak beberapa bulan lalu. Berita kematian Syahril dilaporkan pengguna Facebook yang menggunakan nama Nindi Sari sebelum dipetik media di Indonesia.

    Nindi memberitahu, Syahril meninggal dunia selepas tangannya dipatuk ular berbisa berkenaan. "Hati-hati, sekiranya tiada pengalaman jangan sesekali membela ular tedung selar,” katanya.

    Dia juga memuat naik gambar Syahril memegang dan mencium kepala ular tedung selar yang besar. Gambar mangsa ketika dirawat di hospital turut dikongsi di laman Facebook. Syahril juga sempat memuat naik gambar tangannya dipatuk ular berkenaan di status aplikasi WhatsApp miliknya dengan keterangan ‘Antara hidup dan mati’.

    Bagaimanapun, doktor gagal menyelamatkan Syahril dan remaja itu dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital. Ular tedung selar antara ular berbisa di dunia dan racun pada reptilia berkenaan boleh membunuh manusia dewasa dalam tempoh beberapa minit.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sampai Hati Kau Sang Bisa Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top