My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 16 December 2017

    Sempurna Buat Muslimah



    Di Malaysia pemakaian telekung sudah menjadi satu kemestian bagi wanita Muslimah. Rata-rata menggunakan telekung sebagai pakaian solat kerana lebih mudah, praktikal dan terpelihara kesopanannya. Keadaan ini berbeza dengan Muslimah di negara luar seperti Britain. 

    Kebanyakan Muslimah di sana langsung tidak mengetahui kewujudan telekung dan hanya pernah melihat Muslimah dari Malaysia dan Indonesia memakai pakaian serba putih (telekung) ketika menunaikan umrah dan haji.

    Rutin pemakaian solat mereka lebih kepada menyarung jubah dan selendang yang turut menjadi pakaian harian. Dalam usaha menjadi pihak pertama memperkenalkan telekung secara komersial di peringkat antarabangsa, Siti Khadijah (SK) kini memberikan tumpuan kepada pasaran United Kingdom sebagai destinasi ketiga selepas Indonesia.

    Menurut Pengarah Pemasaran SK Munzir Aminuddin, Islam adalah agama kedua terbesar dengan populasi melebihi tiga juta pada 2014 dan ia menjadi faktor untuk memperkenalkan telekung di sana. 

    “Selepas Indonesia kami mula mencari tapak bagi mengukuhkan jenama ini di negara luar. Selepas perbincangan kami merasakan Britain adalah pilihan tepat kerana masyarakat di sana sangat mementingkan kesempurnaan ketika beribadah,” katanya ketika acara pelancaran eksklusif Siti Khadijah di Mayfair, London yang dihadiri wakil media tempatan, personaliti TV, ikon Muslimah dan blogger.

    Kunjungan SK ke Britain itu menjadi bualan hangat apabila menerima undangan temu ramah secara langsung untuk rancangan Women’s AM di Islam Channel UK dan stesen radio Islam di sana. Menurut wakil Siti Khadijah United Kingdom Siti Fazrena Mohamad Fuad, tanpa mengambil kira faktor cuaca, telekung SK sesuai dan selesa disarung pada bila-bila masa.

    “SK tidak meletakkan status sebagai jenama fesyen moden yang hadir dengan koleksi rekaan bermusim. Rekaan telekung kami akan kekal klasik dengan teknologi fabrik yang sentiasa dinaik taraf seiring penjenamaan telekung sebagai pakaian solat premium,” katanya.

    Jelas Munzir, bagi mendapatkan kualiti dan jaminan keselesaannya, pengasas jenama ini Padzilah Enda Sulaiman mengambil masa enam bulan bagi mendapatkan rekaan sebenar. Untuk itu dia mengkaji setiap inci rekaan untuk menghasilkan telekung yang sempurna untuk semua Muslimah di dunia.

    “Fabrik berkualiti tinggi seperti spun polyester dengan rekaan inovatif fleksibel pada bahagian wajah iaitu mudah regang di dahi dan dagu tanpa perlu dipin atau memakai anak tudung menjadikan telekung ini unik. Ditambah perincian minimalis seperti renda menambah seri si pemakai namun masih kekal ringkas mengikut syarak,” kata Munzir.

    Tiga tahun SK beribu pejabat dengan berpengkalan di Brockley, London, beberapa butik dan ejen jualan di sekitar United Kingdom bakal menjual produk jenama ini tidak lama lagi. Koleksi terbaru yang dilancarkan di United Kingdom turut boleh didapati secara dalam talian dan di semua cawangan di Malaysia dan Indonesia.

    SK turut memperkenalkan koleksi terbaru telekung SK dengan penampilan khas ikon Muslimah Nur Arisa Maryam dan bintang YouTube Nabiilabee yang diperagakan di pentas Muslim Lifestyle Expo (MLE) 2017 di EventCity, Manchester.

    Selain telekung, ia turut menawarkan koleksi pakaian khas untuk jemaah umrah dan haji seperti tudung, sarung lengan, abaya, baju kurung tradisional dan pelbagai aksesori berkualiti.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sempurna Buat Muslimah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top