My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 16 December 2017

    Sepanyol Mungkin Digantung FIFA


    Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) mengesahkan sudah menyerahkan surat bertulis bagi memberi amaran kepada Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) yang mereka boleh digantung daripada beraksi di Piala Dunia 2018 berikutan campur tangan politik. 

    Perdana Menteri, Mariano Rajoy (gambar) sebelum itu berkata Sepanyol belum menerima “sebarang surat daripada FIFA.”

    Isu berkenaan memuncak apabila bekas presiden RFEF, Angel Maria Villar yang juga ahli senior FIFA dan Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) meletakkan jawatan pada Julai selepas ditahan kerana disyaki menggelapkan wang.

    Villar kemudian digantikan secara sementara oleh Juan Luis Larrea. Sekali pun memegang jawatan secara sementara, Larrea mengatakan dengan jelas beliau mahu mengambil alih tugas Villar secara tetap namun tidak dipersetujui oleh Agensi Sukan Nasional Sepanyol (CSD) sekali gus membawa kepada amaran FIFA, lapor akhbar harian El Pais.

    “Kami boleh mengesahkan yang FIFA baru-baru ini menghantar surat kepada (RFEF) menyuarakan kebimbangan mengenai situasi semasa persatuan dan mengulangi bahawa, di bawah Undang-undang FIFA, semua persatuan ahli mesti menguruskan hal-ehwal mereka secara bebas dan memastikan tidak ada gangguan oleh pihak ketiga dalam hal-hal dalaman,” kata FIFA dalam satu kenyataan.

    “FIFA akan berhubung dengan RFEF dan delegasi FIFA-UEFA bersama akan dihantar ke Madrid tidak lama lagi untuk memantau dan menilai keadaan dalam persatuan itu,” kata kenyataan itu.

    RFEF dan kerajaan Sepanyol menegaskan, semalam yang pasukan mereka akan beraksi di Piala Dunia. “Saya tidak boleh melihat senario berkenaan,” kata Rajoy dalam sidang media di Brussels. “Saya dengan jelas yakin yang Sepanyol akan pergi ke Piala Dunia dan menang.”
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sepanyol Mungkin Digantung FIFA Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top