My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 15 December 2017

    Suri Rumah Didenda RM15,000 Dan Dipenjara Kerana Hina Nabi


    Seorang suri rumah dijatuhi hukuman denda RM15,000 dan penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah menghina nabi dengan kata-kata kesat di dalam sebuah masjid di sini tahun lalu. 

    Majistret Siti Hanum Md. Sah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh, Tham Yut Mooi, 46, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

    Mengikut kertas pertuduhan, Yut Mooi didakwa mengeluarkan kata-kata ‘Nabi Babi’ yang didengari oleh tiga individu iaitu Abdul Rahim Mat Diah, 53, Mohd. Yunus Harun, 72, dan Mohd. Halim Buyong, 43, dengan niat yang disengajakan untuk melukakan perasaan keagamaan.

    Perbuatan tersebut dilakukan di ruang solat Masjid Ubaidah, Ulu Kinta dekat sini kira-kira pukul 5.30 petang pada 4 Mei 2016. Pertuduhan terhadap Yut Mooi dikemukakan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Suri Rumah Didenda RM15,000 Dan Dipenjara Kerana Hina Nabi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top