My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 15 December 2017

    Suri Rumah Rugi RM13,000 Ditipu Sindiket Antarabangsa


    Seorang suri rumah terpaksa berputih mata selepas wang simpanan dan barang kemasnya lesap akibat ditipu sindiket antarabangsa dalam satu kejadian di Lorong Satu, Pekan Siburan di sini, Isnin lalu. 

    Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Merbin Lisa berkata, kejadian pada pukul 9.10 pagi itu mengakibatkan suri rumah berusia 58 tahun tersebut mengalami kerugian lebih RM13,000 selepas wang simpanan dan barang kemasnya diserahkan kepada kumpulan berkenaan. 

    Menurutnya, dalam kejadian itu, mangsa tiba-tiba didatangi seorang perempuan yang kononnya sedang mencari seorang lelaki. "Mangsa kemudiannya didatangi dua lagi perempuan yang turut bertanyakan hal sama.

    "Kesemua suspek kemudiannya menceritakan sesuatu yang buruk bakal menimpa keluarga mangsa dengan menyatakan bahawa anaknya kononnya akan mengalami kemalangan jalan raya tepat pada pukul 12 malam hari Selasa," katanya ketika ditemui sidang akhbar di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan (IPD) di sini sebentar tadi.

    Mengulas lanjut Merbin memberitahu, suspek kemudian memberitahu bahawa mereka dapat membantu mangsa dengan mengadakan upacara sembahyang dan memberikan pengeras untuk perubatan. Tambahnya, akibat terpedaya, mangsa kemudiannya mengeluarkan duit simpanan berjumlah lebih RM4,000 dan barang kemas seperti cincin, loket, rantai dan anting-anting.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Suri Rumah Rugi RM13,000 Ditipu Sindiket Antarabangsa Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top