My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 8 December 2017

    Terima Kasih UMNO Atas Penghargaan Setiakawan



    Perhimpunan Agung UMNO kali ke 71 yang sedang berlangsung di PWTC bermula dari 5 hingga 9 Disember sekali lagi menyerlahkan bahawa UMNO masih menghargai jalinan setiakawan antara parti berkenaan dengan barisan parti komponen yang telah wujud sejak lebih 60 tahun yang lalu. 

    Walaupun dewasa ini, begitu banyak berita palsu yang mahu memecah belahkan kesepakatan antara UMNO dengan barisan parti komponen Barisan Nasional seperti MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain rakan komponen namun, para pemimpin UMNO terutamanya Presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak masih kekal mengingati semangat setiakawan yang telah wujud sejak sekian lama.

    Buktinya, Datuk Seri Mohd Najib dalam ucapannya memberitahu betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh rakan parti komponen dalam memastikan kekuatan Barisan Nasional kekal relevan walaupun begitu hebat diasak oleh pembangkang menerusi cerita-cerita fitnah yang mereka lemparkan.

    Ketika diminta mengulas tentang perkara ini, wakil MCA yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini menyatakan perasaan terharu mereka atas ingatan dan penghargaan yang diberikan oleh Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional berkenaan.

    Katanya, penghargaan dan ingatan yang dizahirkan oleh Datuk Seri Mohd Najib ini akan dijadikan hikmat buat para jentera pilihan raya MCA bagi memperkasakan semula parti berkenaan dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14 yang akan datang.

    Apa yang pasti, memetik kata-kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa, di saat UMNO lemah pada sekitar tahun 1997 hingga 1999, MCA dan rakan komponen Barisan Nasional yang lain bertungkus lumus menyelamatkan Barisan Nasional dari mengalami kekalahan. Kenapa pula sewaktu mereka berhadapan dengan situasi yang agak lemah, kita tinggalkan mereka?

    Kunci kekuatan UMNO dan Barisan Nasional adalah semangat setiakawan yang cukup tinggi sejak pembentukan Parti Perikatan sekitar tahun 1955. Usah disebabkan terpengaruh dengan dakyah pembangkang, semangat setiakawan yang terjalin sejak lebih 6 dekad, hancur begitu sahaja.

    Ahli UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PBB dan lain-lain rakan parti harus berganding bahu, salin bantu membantu antara satu sama lain bagi memastikan Barisan Nasional kembali kukuh dan memperoleh dua per tiga majoriti pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Terima Kasih UMNO Atas Penghargaan Setiakawan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top