My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 18 December 2017

    Teruk Punya Gila Seks



    Polis tempatan menahan seorang wanita yang didakwa membayar untuk menyaksikan seks secara langsung di aplikasi sembang Line membabitkan suami isteri dan anak lelaki mereka berusia tiga tahun. 

    Pathumporn ‘Aye’ Mangkornchaiya, 27, ditahan pada lewat Khamis dan didakwa atas tuduhan pemerdagangan manusia, jenayah komputer serta pelanggaran undang-undang perlindungan kanak-kanak.

    Ketua Polis Phitsanulok Kolonel Polis Songpol Sangkasem berkata, pihaknya akan menyoal siasat wanita itu dalam usaha memburu seorang lagi suspek yang dipercayai mengupah keluarga berkenaan untuk melakukan acara seks langsung berkenaan. Katanya, 100 penonton dalam kumpulan sembang berkenaan juga berdepan tindakan undang-undang.

    Pasangan suami isteri yang dilaporkan membuat persembahan seks dengan anak lelaki mereka itu sudah ditahan polis.

    Minggu lalu, ibu berusia 25 tahun itu ditahan di Phitsanulok, manakala anaknya kini dalam jagaan jabatan kebajikan. Wanita yang mencari rezeki sebagai penjual buah itu diupah 400 baht untuk melakukan acara seks terbabit dengan anak dan suami barunya. Suaminya menyerah diri, Isnin lalu.

    Ibu bapa berkenaan didakwa atas tuduhan pemerdagangan manusia, jenayah komputer, pencabulan kanak-kanak dan menggalakkan salah laku kanak-kanak.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Teruk Punya Gila Seks Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top