My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 6 December 2017

    TH Lakar Sejarah Di Peringkat Global



    TH Properties Sdn Bhd melakar sejarahnya tersendiri di peringkat global apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Reka Bentuk dan Pembinaan Hotel Baharu Terbaik Antarabangsa. Anugerah hartanah berprestij global itu dirangkul anak syarikat milik penuh Lembaga Tabung Haji (TH) bagi Hotel dan Pusat Konvensyen TH Kuching, Sarawak (THHCC Kuching). 

    Anugerah berkenaan diterima TH Properties pada Anugerah Hartanah Antarabangsa 2017-2018 yang diadakan sempena IPAX Global, anjuran International Property Media Group di sini, semalam. Pada majlis sama, pemaju hartanah bersepadu itu juga merangkul Anugerah Reka Bentuk dan Pembinaan Hotel Baharu Terbaik Asia Pasifik.

    Pengiktirafan sebagai juara dunia dan serantau itu menyusuli kejayaan TH Properties membawa pulang tiga anugerah di Anugerah Hartanah Asia Pasifik, Bangkok, Thailand pada Mei lalu.

    Tiga anugerah berkenaan ialah Anugerah Pembinaan dan Rekaan Hotel Baharu Terbaik Malaysia bagi THHCC Kuching, Anugerah Pangsapuri Terbaik Australia bagi Bay Pavilions di Sydney, Australia dan Anugerah Pembinaan Pejabat Terbaik Malaysia bagi Kompleks Islam Putrajaya. 

    Mengulas mengenai kemenangan itu, Pengarah Urusan Kumpulan TH Properties, Datuk Roszali Othman berkata, pengiktirafan berprestij itu amat bermakna bagi pemaju hartanah bersepadu berkenaan.

    “Anugerah ini adalah pengiktirafan antarabangsa tertinggi yang diterima TH Properties setakat ini. Anugerah yang dirangkul ini sekali gus memperakui komitmen kumpulan terhadap inovasi, kualiti tinggi dan keupayaan untuk melaksanakan projek dengan rapi.

    “Anugerah ini ditujukan khas kepada ahli Lembaga Pengarah, pihak pengurusan dan seluruh kakitangan TH Properties kerana mereka yang menzahirkan jenama ini. Kemenangan ini mengesahkan kerja keras mereka dan menjadi pengukur prestasi kami dalam beberapa tahun ini,” katanya.

    Roszali juga berkata, pengiktirafan antarabangsa itu juga akan menjadi pemangkin kepada TH Properties untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi lagi dalam pasaran hartanah tempatan dan antarabangsa.

    Anugerah Hartanah Antarabangsa 2017 memberi tumpuan terhadap kualiti reka bentuk, pembinaan dan penyampaian projek hartanah individu dan pembangunan hartanah, seni bina dan pemasaran.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: TH Lakar Sejarah Di Peringkat Global Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top