My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 13 December 2017

    Tiket Bertemu Rajinikanth, Kamal Haasan Dijual Mulai Esok



    Tiket ke program Natchathira Vizha 2018, sebuah pesta hiburan melibatkan 250 bintang filem India termasuk Rajinikanth dan Kamal Haasan yang bakal berlangsung di Stadium Bukit Jalil di sini pada 6 Januari depan, mula dijual pada esok. 

    Pengarah Pembangunan Perniagaan Kumpulan MyEvents International, Hema Kandy berkata, tiket-tiket berharga antara RM10 dan RM30 itu boleh dibeli menerusi laman web www.myticket.asia

    Nachathira Vizha 2018 yang akan berlangsung dari 10 pagi hingga 10 malam, merupakan pesta yang menampilkan persembahan nyanyian, tarian serta perlawanan kriket dan bola sepak artis India serta artis tempatan.

    Ahli Persatuan Artis India Selatan, Nandha Durairaj berkata, kesemua artis yang akan ke Malaysia sudah bersedia untuk memberikan persembahan terbaik kepada peminat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan kepada filem Kollywood.

    Pelakon filem ‘Eeram’ itu juga berkata, satu kejutan disediakan untuk semua yang hadir di Stadium Bukit Jalil ketika penampilan dua legenda filem Tamil, Rajinikanth dan Kamal Haasan.

    Selain barisan pelakon terkenal India seperti Surya, Vishal, Karthi, Sivakarthikeyan, Vijay Sethupathi, Nayanthara, Tamanna, Mohal Lal, Nagarjuna dan Mammooty, enam pengarah muzik terkemuka Kollywood iaitu Harris Jayaraj, Anirudh Ravichandran, Srikanth Deva, GV Prakash, Tamman dan Imman serta penyanyi Karthik, Haricharan, Swetha Mohan, Ranjith, Naresh Iyer dan Chinmayee akan turut memeriahkan majlis tersebut.

    Pesta yang dijangka dihadiri 30,000 peminat tanah air itu dianjurkan Persatuan Artis India Selatan dengan kerjasama MyEvents International serta mendapat sokongan sepenuhnya oleh Malaysia Major Events, anak syarikat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiket Bertemu Rajinikanth, Kamal Haasan Dijual Mulai Esok Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top