My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 18 December 2017

    TNB Jenama Keenam Terbaik



    Tenaga Nasional Bhd (TNB) menduduki tempat keenam dalam senarai jenama terbaik di negara ini berdasarkan Malaysia Top 100 Brands 2017 yang dikeluarkan oleh Brand Finance Asia Pacific, baru-baru ini. 

    Syarikat pembekal tenaga itu dalam kenyataan berkata, pencapaian cemerlang itu menunjukkan dua tahun berturut-turut TNB memperbaiki kedudukan dari tempat kelapan pada 2015 kepada ketujuh tahun lalu dan sebagai jenama Malaysia keenam paling bernilai pada 2017.

    “Kali ini, dengan rating AA, TNB memperoleh nilai penjenamaan sebanyak AS$1.583 bilion (RM6.46 bilion) berbanding AS$1.187 bilion (RM4.84 bilion) tahun lalu,” katanya.

    Brand Finance Asia Pacific, dalam laporannya, menggariskan kriteria pemilihan yang antara lain ialah input audit jenama, tingkah laku pemegang berkepentingan dan prestasi syarikat.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: TNB Jenama Keenam Terbaik Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top