My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 6 December 2017

    Wan Azizah Diperintah Bayar FELDA RM2 Juta



    Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan syarikat pelaburannya berhubung artikel berunsur fitnah, tujuh tahun lalu. 

    Hakim Datuk Su Geok Yiam memerintahkan Wan Azizah, bekas Senator Dr Syed Husin Ali dan penulis artikel Rusnizam Mahat (responden) membayar ganti rugi itu selepas membenarkan rayuan FELDA dan FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) terhadap ganti rugi RM70,000 yang diputuskan mahkamah pada 13 Februari lalu.

    Mahkamah turut memerintahkan semua responden membayar kos RM25,000 kepada perayu. Terdahulu dalam penghakimannya, Su berkata, mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili FELDA bahawa ganti rugi RM70,000 dan kos RM10,000 yang diberikan kepada perayu sebelum ini adalah terlalu rendah dan sepatutnya dinaikkan. 

    Menurutnya, mahkamah berpandangan jika jumlah itu tidak diketepikan dan digantikan dengan jumlah ganti rugi yang sewajarnya, ia boleh menyebabkan semua pihak memandang remeh kepada kes fitnah yang dilemparkan terhadap badan berkanun.

    Peguam Francis Pereira bertindak bagi pihak semua responden. Pada 17 Oktober 2014, FELDA dan FGVH menang tuntutan saman terhadap tiga defendan itu selepas mahkamah mendapati bahawa FELDA selaku badan awam boleh mengemukakan saman berdasarkan Seksyen 15(1) Akta Pembangunan Tanah 1956.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Wan Azizah Diperintah Bayar FELDA RM2 Juta Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top