My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 3 March 2018

    Apa Yang DAP Lakukan Di Semua Kerusi Yang Dimenangi?



    Pada tahun 2013, DAP telah bertanding di 51 buah kerusi Parlimen dan telah berjaya memenangi 38 kerusi. Boleh dikatakan, inilah kemenangan terbesar DAP sepanjang mereka menyertai Pilihan Raya Umum sejak parti berkenaan ditubuhkan pada 1966.

    Kemenangan ini cukup menggembirakan DAP kerana buat pertama kalinya, mereka berjaya melemahkan Barisan Nasional terutamanya MCA dan Gerakan yang diketahui umum mewakili kaum Cina di negara ini. Malah, kemenangan mereka juga secara majoritinya di kerusi yang majoritinya kaum Cina.

    Sudah 5 tahun berlalu hari ini gendang Pilihan Raya Umum kembali bergema dan besar kemungkinan ianya akan diadakan kurang dari 100 hari. Pada ketika ini, ramai yang mula menilai kembali apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen yang dipilih oleh mereka, 5 tahun yang lalu terutamanya Ahli Parlimen DAP.

    Secara amnya, apa yang boleh diangkumkan adalah, kesemua Ahli Parlimen DAP termasuk Lim Kit Siang sendiri hilang selepas memenangi sesuatu kerusi Parlimen. Mereka lebih sibuk menjaja pelbagai isu nasional namun membiarkan permasalahan setempat tanpa ada sebarang pembelaan sewajarnya.

    Sudah banyak contoh boleh dilihat di semua kerusi Parlimen yang dimenangi oleh DAP. Lihat sahaja bagaimana penduduk di Parlimen Gelang Patah yang diwakili oleh Lim Kit Siang yang mana pengundinya sendiri sanggup menaikkan kain rentang mempersoalkan kemana menghilangnya Lim Kit Siang.

    Di Raub pula, Arif Sabri yang merupakan calon DAP turut hilang tanpa dapat dijejak dan membiarkan penduduk di Raub terkapai-kapai. Perkara yang sama turut berlaku pada penduduk di DUN Tanah Rata yang mana Leong Ngah Ngah amat jarang muncul walaupun dia kerap dijemput oleh penduduk di Tanah Rata.

    Hal ini menyaksikan Tan Sri M Kayveas mengambil alih kerja yang sepatutnya dilakukan oleh Leong termasuklah menjaga kerusi Parlimen Cameron Highlands. 

    Hal yang sama turut berlaku di semua kerusi milik DAP diseluruh negara yang menyaksikan, mereka hilang beramai-ramai dan membiarkan rakyat terkapai-kapai tanpa sebarang pembelaan. Lebih teruk lagi, terdapat dakwaan yang menyatakan, peruntukan untuk sesuatu DUN dan Parlimen juga tidak disalurkan kepada penduduk.

    Hari ini, disaat gendang perang Pilihan Raya Umum ke 14 semakin kuat kedengaran, DAP sekali lagi mengumumkan untuk bertanding di semua 38 kerusi yang mereka menangi. Jumlah ini belum termasuk kerusi-kerusi yang ditawarkan di Sabah dan Sarawak dan besar kemungkinan, jumlah ini akan meningkat kepada 72 kerusi Parlimen.

    Persoalannya, adakah rakyat masih mahu memberi kepercayaan kepada calon dari DAP setelah melihat keupayaan mereka mentadbir sesebuah kerusi Parlimen? Adakah rakyat masih mahu memberi kepercayaan kepada calon halimunan seumpama ini untuk mentadbir sesuatu kerusi DUN atau Parlimen untuk 5 tahun akan datang?

    Usah memperjudikan nasib kita dengan memilih calon-calon halimunan seumpama ini. Tujuan memilih seseorang Ahli Parlimen atau ADUN adalah untuk berkhidmat kepada rakyat termasuk menjadi suara kepada rakyat untuk disuarakan kepada pihak atasan.

    Seandainya calon yang dipilih itu adalah calon halimunan, bagaimana rakyat mahu menyandarkan harapan kepada Ahli Parlimen atau ADUN berkenaan sekiranya rakyat terbeban dengan masalah setempat?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Apa Yang DAP Lakukan Di Semua Kerusi Yang Dimenangi? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top