My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 2 March 2018

    Bililk Asrama Terbakar



    SERAMAI 286 pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebedu, Serian, cemas apabila satu bilik di asrama sekolah berkenaan terbakar, hari ini. Bagaimanapun, kejadian 6.30 pagi itu berjaya dikawal oleh pihak sekolah dengan menggunakan alat pemadam api. Difahamkan, bilik yang terbakar itu menempatkan 14 orang pelajar.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.55 pagi. Beliau berkata, sebuah jentera dengan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian, dibantu tiga anggota pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bunan Gega dikejarkan ke tempat kejadian.

    “Kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh pihak sekolah dengan menggunakan 35 unit alat pemadam api dan satu aliran salur bantu mula dari bangunan sekolah sebelum tibanya pasukan bomba. Anggota bomba yang tiba di lokasi bertindak membuat pemadaman sisa-sisa kebakaran yang masih ada untuk mengelakkan api marak semula,” katanya.

    Beliau berkata, kebakaran itu membabitkan sebuah bilik asrama lelaki jenis struktur kekal tiga tingkat dan kebakaran berlaku di tingkat satu. “Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenalpasti punca kejadian,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bililk Asrama Terbakar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top