My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 19 March 2018

    Dana PNB Bernilai RM279 Bilion



    Permodalan Nasional Bhd. (PNB) kini mempunyai dana berjumlah RM279 bilion de­ngan 98 peratus daripada­nya dilaburkan di dalam negara. Ia bagi membantu mewujudkan lebih banyak perniagaan dan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. 

    Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, 70 peratus daripada dana tersebut dilaburkan dalam saham-saham tersenarai. “Pelaburan dalam saham-saham tersenarai bernilai RM200 bi­lion merangkumi lebih 10 peratus daripada nilai modal pasaran syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

    “Ini termasuk 10 syarikat-syarikat strategik iaitu Maybank, Sime Darby Plantation Bhd., Sime Darby Bhd., Sime Darby Property Bhd., SP Setia Bhd., UMW Holdings Bhd., UMW Oil & Gas Corporation Bhd., Chemical Company of Malaysia Bhd., CCM Duopharma Biotech Bhd. and MNRB Holdings Bhd,” kata­nya menerusi satu kenya­taan di sini semalam.

    Abdul Wahid menambah, PNB juga memiliki pelaburan dalam 40 syarikat teras seperti Telekom Malaysia Bhd., Axiata Group Bhd., MMC Corporation Bhd., Tenaga Nasional Bhd. dan BIMB Holdings Bhd. Katanya, PNB memiliki lebih 10 peratus ekuiti atau pelaburan bernilai lebih RM1 bilion dalam syarikat berkenaan.

    Menyentuh mengenai rancangan masa depan, Abdul Wahid berkata, beliau serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahmah Ahmad pada November 2016 telah mengumumkan Pelan Strategik PNB 2017-2022 yang digelar STRIVE-15 dengan sasaran menjadikan PNB sebuah firma pelaburan bertaraf dunia.

    “Seluruh warga PNB telah berusaha gigih melaksanakan kesemua 15 inisiatif strategik di bawah tiga teras iaitu mening­katkan pulangan secara mampan, pengurusan pelaburan yang berkesan dan memacu kecemerlangan operasi.

    “Alhamdullilah kesemuanya berjalan lancar dan membuahkan pelbagai kejayaan termasuk peningkatan pendapatan yang membolehkan kami membayar dividen dan bonus sebanyak 7.25 sen serta bonus khas 1.00 sen untuk 10,000 unit pertama kepada peme­gang unit Amanah Saham Bumiputera sempena ulang tahun PNB ke-40,” ujarnya.

    Tambah beliau, langkah itu melibatkan sejumlah RM14.4 bilion untuk tahun lalu dan lebih RM172 bilion jumlah dividen terkumpul kepada pelabur sejak PNB ditubuhkan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dana PNB Bernilai RM279 Bilion Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top