My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 6 March 2018

    Dibelasah Hanya Kerana Pesanan Makanan Lambat



    Akibat makanan dipesan lambat sampai, sekumpulan pelanggan membelasah pelayan wanita sebuah restoran di wilayah Hunan. Dalam kejadian minggu lalu, pelayan wanita berusia 48 tahun itu diserang enam hingga tujuh pelanggan dengan seorang lelaki menampar mukanya sebelum seorang wanita menarik rambut dan memukul kepalanya. 

    Menurut laporan media China, kejadian berlaku di Restoran Tianxiake di Hengyang, Wilayah Hunan jam 7.42 malam. Beijing News melaporkan, rakaman CCTV menunjukkan pelayan berpakaian seragam merah dilihat menjelaskan kelewatan makanan kepada pelanggan lelaki yang kemudian menamparnya menyebabkan keadaan dalam restoran rekoch.

    Pengurus restoran dikenali sebagai Li berkata, pekerja itu meminta pelanggan bersabar sementara makanan mereka disediakan. Bagaimanapun, menurutnya, pelanggan berang mendakwa mereka menunggu terlalu lama dan seorang pelanggan lelaki memberitahu pelanggan lain, makanan di restoran itu terlalu mahal.

    Kemudian beberapa pelanggan wanita lain membaling cawan dan pinggan ke arah pelayan itu. Li berkata, pelayan itu sudah dua tahun bekerja di restoran itu dan menjalankan tugasnya dengan baik. 

    Pelayan yang namanya tidak didedahkan itu dibawa ke hospital untuk rawatan akibat kecederaan ringan. Li membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menjejaki pelanggan tidak bertanggungjawab itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dibelasah Hanya Kerana Pesanan Makanan Lambat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top