My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 15 March 2018

    Drama Aksi KL Special Force



    SETELAH beberapa naskhah terbitan Skop Production berjaya menempa kejayaan, karya terbitan rumah produksi berkenaan menjadi antara yang dinantikan khalayak di pawagam. Justeru, tidak hairan sekiranya filem arahan Syafiq Yusof, KL Special Force (KLSF) tersenarai dalam carta wajib tonton pada tahun ini. 

    Sehingga selepas empat hari ditayangkan, naskhah ini telah berjaya mengutip lebih RM4 juta, satu pembuktian bahawa ia bukan sebuah filem yang biasa-biasa. Bukan sahaja pengaruh Skop Production mahupun penglibatan Syamsul Yusof sebagai teraju utama tetapi plot penceritaan yang diketengahkan sarat aksi dan mesej tentang hubungan kekeluargaan.

    Tidak hanya memberi fokus kepada adegan aksi antara pihak berkuasa dengan penjenayah, filem tersebut turut diselitkan dengan unsur drama dan komedi. Gabungan elemen tersebut secara tidak langsung menjadikan KLSF lebih ringan serta penonton tidak berasa jemu mahupun terlalu memberi fokus kepada babak aksi semata-mata.

    Selain itu, meskipun beberapa sudut penceritaan plot memerlukan ruang buat penonton berfikir sejenak mengenai identiti penjahat sebenar.

    Kesedaran 

    Bukan sahaja memaparkan tentang filem bersifat komersial, bahagian awal cerita juga diselitkan dengan mesej mengenai pencegahan rasuah dalam kalangan kaki tangan beruniform.

    Ia salah satu cara untuk menimbulkan kesedaran dalam diri masyarakat tentang integriti dan tanggungjawab agar tidak melibatkan diri Dalam gejala rasuah. Bagi peminat layar perak Hollywood, paparan adegan perompak menggunakan topeng muka bukan satu perkara asing, sementelah ia tetap diaplikasikan lebih lima dekad lalu.

    Sebagai contoh filem Kansas City Confidential (1952), The Killing (1956), Bad Influence (1990) dan Heat (1995) menggunakan kaedah sama.

    Namun, Syafiq mempunyai cara tersendiri untuk menghidupkan watak penjenayah terbabit di sebalik topeng muka termasuk barisan pelakon yang membawakan karakter terbabit seperti Romana Zamzam, Mustaqim Bahadon, Josiah Hogan dan Mohd Razib Salimin.

    Filem tersebut mengisahkan tentang seorang anggota polis bernama Lan yang berusaha untuk membanteras sekumpulan penjenayah menggelarkan diri mereka sebagai Geng Anarkis. Diketuai oleh Asraff lakonan Syamsul Yusof, dia berusaha memanipulasi Lan bagi menjayakan misi rompakan dengan tujuan untuk membalas dendam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Drama Aksi KL Special Force Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top