My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 9 March 2018

    Gempa Sampai Dinding Retak



    BANGUNAN flat di kuarters guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Kota Belud, retak berikutan gempa bumi bermagnitud 5.2 berpusat di Ranau, malam tadi. 

    Dalam kejadian itu, lebih 20 penghuni di tiga blok flat yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Kundasang di Ranau, terdiri daripada guru dan keluarga mereka, panik dan bergegas menyelamatkan diri. Penghuni blok B di kuarters berkenaan, Datu Mazinal Datu Jamalin, 50-an berkata, keretakan di blok itu semakin membesar selepas gempa bumi malam tadi.

    "Flat kami ada empat kesan retak yang berpunca daripada kesan gempa tiga tahun lalu, namun apa yang saya lihat kali ini, kesan terbelah itu semakin membesar," katanya ketika dihubungi.

    Penghuni blok sama, Noriah Abd Rahim, 42, berkata, ketika kejadian dia dan tiga anak berada dalam rumah di tingkat dua sebelum bangunan terasa bergegar menyebabkan dia membawa anak turun ke kawasan padang sekolah.

    "Saya sangat risau kerana suami tiada di rumah dan saya pula hanya bersama anak-anak. Selepas itu, saya segera telefon suami memaklumkan kejadian itu." katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Gempa Sampai Dinding Retak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top