My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 7 March 2018

    Kepala Misteri Milik Wanita China



    Misteri kepala seorang wanita yang ditemui mati tanpa badan di tebing Batang Lupar berhampiran Skait Lama di sini pada Sabtu lalu terungkai apabila polis mengesahkan mangsa merupakan warga China dan me­rupakan isteri kepada seorang peniaga tempatan di sini. 

    Identiti kepala wanita ber­kenaan yang berusia 31 tahun itu dikenal pasti selepas bapa mangsa juga seorang warga China membuat pengecaman.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, susulan pro­ses pengecaman itu, polis kemudian mengambil keterangan daripada seorang peniaga berusia 42 tahun yang juga suami kepada wanita itu.

    “Peniaga itu memberi ke­terangan berhubung kehila­ngan isterinya meragukan menyebabkan lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut. Ekoran itu, kes penemuan kepala yang sebelum ini dikategorikan sebagai mati mengejut telah diklasifikasi semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” kata beliau semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kepala Misteri Milik Wanita China Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top