My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 7 March 2018

    Ketulan Ais Di Puncak Gunung Kinabalu



    PEMBENTUKAN ketulan ais buat kali kedua pada tahun ini berlaku di puncak Gunung Kinabalu, yang dikesan oleh malim gunung, awal pagi semalam. 

    Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Junaydie Sihan, berkata keadaan air bertukar menjadi ketulan ais itu ditemui malim gunung, Jomius Binte kira-kira 6.30 pagi. Beliau berkata, lazimnya ketulan ais berlaku jika cuaca terlalu sejuk dengan suhu mencapai -1 dan -2 darjah Celsius di puncak gunung berkenaan.

    "Cuaca yang sejuk menyebabkan air yang bertakung bertukar ketulan ais dan kami jangka ketulan ais ini terbentuk sejak malam tadi (kelmarin). Ia bukan selalu berlaku di puncak Gunung Kinabalu walaupun ia juga bukan perkara luar biasa.

    "Selagi air yang bertakung tidak kering, ketulan ais ini boleh berlarutan hingga dua ke tiga hari," katanya ketika dihubungi.

    Pembentukan ketulan ais di puncak gunung itu adalah kali kedua pada tahun ini selepas kali pertama pada 8 Januari lalu. Junaydie berkata, beliau tidak pasti jika ada faktor lain menyebabkan pembentukan ketulan ais di puncak Gunung Kinabalu.

    Katanya, suhu di puncak Gunung Kinabalu ketika ini masih sejuk antara empat hingga lima darjah Celsius.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ketulan Ais Di Puncak Gunung Kinabalu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top