My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 8 March 2018

    Panjat Pagar 3.04 Meter



    TIGA pelatih Pusat Pemulihan Jagaan dan Rawatan (CCRC) dekat Kampung Selamat, Tasek Gelugor dilaporkan melarikan diri dalam kejadian selepas solat Subuh, hari ini. Dalam kejadian 6.30 pagi itu, pelatih berusia 35, 37 dan 52 tahun itu dikatakan memanjat pagar setinggi 3.04 meter di sebelah kiri dewan pusat berkenaan sebelum mereka meloloskan diri. 

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian itu disedari penyelia pusat berkenaan sebelum memaklumkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

    “Melalui siasatan, tiga pelatih itu melarikan diri dipercayai dengan memakai baju t berwarna merah dengan tulisan tertera nama pusat CCRC berkenaan di bahagian belakang baju dan berseluar sukan biru gelap.

    “Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati mendapati, ketiga-tiganya melarikan diri ke arah kawasan kelapa sawit selepas memanjat pagar yang terdapat gelungan dawai berduri,” katanya. 

    Noorzainy berkata, polis turut menemui sehelai seluar dan sarung tangan di luar pagar pusat dipercayai digunakan pelatih terbabit. Beliau berkata, ketiga-tiga pelatih itu baharu dua bulan ditempatkan di pusat pemulihan berkenaan atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

    Menurutnya, usaha mengesan tiga pelatih itu giat dijalankan dengan dibantu anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dan IPD Kuala Muda.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Panjat Pagar 3.04 Meter Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top