My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 13 March 2018

    Pembantu Kantin Dibunuh Kekasih



    Gara-gara terlalu mendesak untuk dikahwini kekasihnya, seorang wanita menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila mayatnya ditemui dengan 28 kesan tikaman terlentang di dapur rumah sewa lelaki dicintainya di Bukit Jelutong dekat sini pada Sabtu lalu. 

    Mayat wanita yang dikenali sebagai Gusnima, 38, dan bekerja di sebuah kantin sekolah dekat sini ditemui pada pukul 8.25 malam di tingkat satu sebuah apartmen di Bukit Jelutong. Mangsa yang berasal dari Medan, Indonesia mempunyai kesan tikaman iaitu 14 di leher, lima di belakang badan, empat di perut, tiga di rusuk kiri dan dua lagi di tengkuk.

    Satu sumber polis memberitahu, mangsa berkenalan dengan kekasihnya yang bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat binaan dan perkhidmatan berusia 40 tahun menerusi aplikasi WeChat enam bulan lalu.

     Kata sumber itu lagi, sepanjang perkenalan tersebut, mangsa dikatakan diminta untuk tinggal bersama suspek di rumah sewanya tiga kali seminggu. Suspek masih bujang dan menyewa rumah di pangsapuri itu empat tahun lalu manakala mangsa pula didakwa sudah bersuami di negara asalnya tetapi dalam proses untuk bercerai.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pembantu Kantin Dibunuh Kekasih Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top