My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 9 March 2018

    Perhitungan United, Liverpool



    PERTEMBUNGAN dua gergasi yang juga dua kelab paling berjaya dalam sejarah bola sepak England, Manchester United menentang Liverpool pastinya menghangatkan aksi serta perseteruan bukan hanya pemain kedua-dua pasukan bahkan turut dirasai penyokong-penyokong di seluruh dunia termasuk di Malaysia. 

    Aksi di kubu keramat United iaitu Old Trafford malam Sabtu ini dijangka sengit memandangkan The Red Devils hanya dibezakan dua mata berbanding The Reds dengan masing-masing di kedudukan kedua serta ketiga carta Liga Perdana England (EPL).

    Pemain United, Nemanja Matic yakin The Red Devils yang dikemudikan oleh Jose Mourinho memiliki kelebihan bermain di gelanggang sendiri, namun penyerang The Reds, Sadio Mane percaya skuad Liverpool di bawah kendalian Jurgen Klopp mampu menumpaskan mana-mana pasukan gergasi apatah lagi United.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Perhitungan United, Liverpool Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top