My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 16 March 2018

    Toy ‘R’ Us Bankrap, Bakal Ditutup



    Syarikat gergasi jualan mainan kanak-kanak Toys ‘R’ Us Inc. yang telah muflis bersiap sedia menjual atau menutup ke­semua 885 cawangan perniagaan sekali gus menyebabkan 33,000 pekerja hilang pekerjaan, kata sumber terdekat kelmarin. 

    Tindakan itu terpaksa diambil selepas pihak pengurusan gagal mencapai satu perjanjian untuk menstrukturkan semula hutang berjumlah berbilion dolar apabila para peminjam memutuskan bahawa tiada sebarang rancangan penyusunan semula.

    Sebaliknya, syarikat berkenaan perlu pulih atau menutup cawangannya bagi menjana pulangan daripada hasil jualan barangan. “Ini merupakan hari yang amat menyedihkan untuk kita semua termasuk jutaan kanak-kanak apabila kami yang ber­khidmat sejak 70 tahun terpaksa mengambil langkah penutupan ini.

    “Saya berasa amat kecewa dengan keputusan itu tetapi malangnya, kami tidak memiliki sokongan kewangan bagi meneruskan operasi syarikat ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Toys ‘R’ Us, Dave Brandon dalam satu kenyataan.

    Kebanyakan pembeli barangan mainan kini beralih kepada platform dalam talian seperti Amazon.com, manakala golongan kanak-kanak kelihatan lebih gemar memilih gajet elektronik berbanding mainan.

    Toys ‘R’ Us berusaha untuk membayar tunggakan hutang berjumlah AS$6.6 bilion (RM25.8 bilion) dan sebelum ini telah menutup hampir satu perlima cawangannya dalam usaha menstruktur semula syarikat. Syarikat itu dikatakan memfailkan status muflis di Mahkamah Kebankrapan di sini kelmarin.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Toy ‘R’ Us Bankrap, Bakal Ditutup Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top