My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 19 March 2018

    United Jumpa Spurs, Chelsea Lawan Saints


    MANCHESTER United dan Tottenham akan bertembung pada separuh akhir Piala FA Inggeris yang dijangka menarik, manakala kelab bermasalah Chelsea berdepan Southampton pada satu lagi perlawanan di Wembley. 

    Terdesak untuk memenangi trofi sekali gus menyelamatkan kempen mengecewakan, United layak ke separuh akhir dengan kemenangan 2-0 ke atas Brighton di Old Trafford, kelmarin. Tottenham menang 3-0 di Swansea untuk menempah penampilan kedua berturut-turut pada separuh akhir. 

    Chelsea, yang tewas kepada Arsenal pada final Mei lalu, mengintai peluang kembali ke perlawanan penentuan selepas menang 2-1 di Leicester City, awal pagi tadi. Alvaro Morata menamatkan kemarau gol peribadi sejak 26 Disember lalu apabila penyerang Sepanyol itu meletakkan Chelsea di depan dengan penyudah sempurna pada minit ke-42.

    Penyerang Leicester, Jamie Vardy menampan masuk dari jarak dekat pada minit ke-75 untuk memaksa perlawanan suku akhir itu berlanjutan ke masa tambahan. Namun penyerang Sepanyol, Pedro Rodriguez membantu Chelsea menang pada minit ke-105 apabila dia menghukum kesilapan penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel yang gagal mengagak bola dengan baik.

    Pedro merampas bola itu sebelum N’Golo Kante melakukan hantaran silang yang ditanduk masuk Pedro ke dalam pintu gol yang ternganga luas. Kemenangan itu menghidupkan peluang dan harapan terakhir Chelsea memenangi kejuaraan pada penamat musim yang sukar.

    “Saya fikir Leicester bermain dengan amat bagus, tapi penting buat kami menang,” kata pemain tengah Chelsea, Kante. Ia satu-satunya kejuaraan yang kami boleh menangi musim ini dan kami perlu berjuang hingga penamat.” Perlawanan separuh akhir akan berlangsung pada hujung minggu 21-22 April depan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: United Jumpa Spurs, Chelsea Lawan Saints Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top