My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 19 April 2018

    4 Polis Ditahan Kes Jumpa 5 Mayat



    Seorang pegawai kanan dan tiga anggota polis berusia 27 hingga 41 tahun antara yang ditahan polis susulan penemuan cebisan tulang manusia dipercayai milik lima mangsa pembunuhan yang ditanam di dua lokasi di negeri ini pada minggu lalu. 

    Cebisan tulang serta abu mayat dipercayai milik dua mang­sa ditemui ditanam di kawasan estet Batu 8, Jalan Sungai Gadut di Senawang manakala tiga rangka manusia dijumpai dalam satu lubang di Bukit Galena dekat Jalan Mantin di sini masing-masing pada 11 dan 13 April lalu. Jarak lokasi penemuan sebelum ini dengan lokasi terbaharu adalah sekitar 15 kilometer.

    Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, siasatan mendapati kes pembunuhan itu berlaku pada tahun 2014 hingga 2015 dan ia mempunyai kaitan dengan penahanan 34 ahli kongsi gelap yang disyaki terlibat dalam pelbagai jenayah terancang menerusi Ops Khas Hoben 1/2018 pada 29 Mac hingga 9 April lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 4 Polis Ditahan Kes Jumpa 5 Mayat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top