My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 18 April 2018

    50 Penghuni Tinggal Sehelai Sepinggang, Rumah Pekerja Musnah Terbakar



    Kira-kira 50 penghuni yang menetap di rumah pekerja Ladang Indranita Jaya di sini tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman berkenaan musnah terbakar awal pagi tadi. 

    Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.34 pagi.

    Menurutnya, sebaik menerima laporan itu, sepasukan 14 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan dan BBP Kota Samarahan dikerahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran.

    "Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota bomba mendapati api sedang marak membakar lapan pintu rumah pekerja ladang kelapa sawit tersebut. Pasukan bomba kemudian bertindak melakukan operasi pemadaman bagi mengawal kebakaran itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 50 Penghuni Tinggal Sehelai Sepinggang, Rumah Pekerja Musnah Terbakar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top