My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 23 April 2018

    Adik Nekad Pukul Kakak Sendiri



    Tindakan seorang kakak yang tidak mengendahkan ra­­yuan adiknya supaya kembali kepada bekas suaminya mengundang padah apabila dia cedera akibat dibaling dan dipukul dengan kerusi kayu di sebuah rumah di Taman Cahaya, Jalan Panda­ruan di sini malam kelmarin. 

    Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, mangsa, Christina Senia, 38, le­bam pada bahu dan lengan kiri akibat terkena kerusi kayu yang dibaling sebelum dia dipukul adik kandungnya sendiri dengan menggunakan kerusi kayu tersebut.

    Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd. Bukhori Saffai berkata, sebelum kejadian, suspek yang berusia 32 tahun meminta kakaknya untuk berbaik dan kembali kepada bekas suaminya itu.

    “Bagaimanapun, mangsa tidak mengendahkan permintaan adiknya itu yang berkali-kali meminta dia kembali kepada bekas suaminya itu. Suspek akhirnya hilang pertimbangan sebelum ber­tindak nekad mengangkat kerusi kayu lalu memba­lingnya ke arah mangsa,” katanya ketika dihubungi semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Adik Nekad Pukul Kakak Sendiri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top