My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 20 April 2018

    Badan Penarafan Antarabangsa Iktiraf Manifesto Barisan Nasional



    Jika Pakatan Harapan (PH) bergantung dengan media asing untuk melaporkan berita palsu tentang Malaysia dengan harapan sokongan rakyat ke atas Barisan Nasional (BN) akan berkurangan, BN tidak perlu bersusah payah kerana badan penarafan antarabangsa yang membuat penilaian sentiasa mengiktiraf kepimpinan Dato Seri Najib dan Barisan Nasional.

    Manifesto BN #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat kini sudah diiktiraf sebagai perancangan terbaik untuk rakyat oleh beberapa badan penarafan dalam negara dan atarabangsa. Selepas manifesto itu dilancarkan 7 April lepas tiga badan penarafan menyemak semula kadar pertumbuhan dan mengubahnya menjadi lebih positif.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Bank Dunia menyemak semula kadar pertumbuhan daripada 5.4 peratus kepada 5.6 peratus untuk Malaysia. Badan Penarafan JP Morgan dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) juga antara organisasi yang lebih optimis mengenai pertumbuhan ekonomi negara.

    "Ini bererti manifesto kita ini mendapat penilaian yang tinggi, mereka tidak sebut sama sekali manifesto pembangkang sebab tiada nilai dalam apa yang terkandung dalam manifesto mereka.

    "Mengapa saya kata demikian? Kerana kalau mereka nak mansuhkan tol, mansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), beban hutang negara akan bertambah sebanyak RM430 bilion.

    "Mengikut kajian Kementerian Kewangan, hutang negara kita akan (meningkat) menjadi RM1 trilion daripada hutang sekarang yang berada pada paras 50.8 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) (dan) akan melonjak kepada 80 peratus daripada KDNK.

    "Apa kesannya? Antara kesan buruknya bursa saham akan jatuh, nilai mata wang kita akan terjejas. Apa akan terjadi?

    "Contohnya Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan terjejas, amanah saham akan terjejas, rakyat akan terjejas kerana kita bergantung kepada bursa saham yang (ketika ini) semakin kukuh, stabil dan semakin meningkat susulan pengurusan ekonomi negara yang berhemah, pragmatik dan bertanggungjawab oleh kerajaan ketika ini," katanya.

    Lihat video ucapan PM di sini :
    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1738727232888892&id=1122306847864270

    Najib berkata demikian semasa berucap merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2018 di Stadium Batu Pahat, di Johor, semalam.

    Menurut MIER pada 2010, pertumbuhan ekonomi ketika zaman kepimpinan Najib dinilaikan pada 7.2 peratus. Kemudian pada suku pertama tahun yang sama, ia meningkat kepada 10.1 peratus, peningkatan terpantas dalam satu dekad.

    Laporan daripada badan Penyelidikan Pasaran Global, Nomura pada 6 April pula menyatakan bahawa kerajaan BN mempunyai kekuatan untuk menang pada PRU14 dengan mendapat majoriti 2 dua pertiga

    Media Indonesia, Jakarta Globe juga meletakkan keyakinan yang tinggi kepada masa depan Malaysia berdasarkan kukuhnya asas ekonomi Malaysia. Asas yang kuat akan memastikan Malaysia boleh mengekalkan pembangunan yang pesat. Najib akan terus menerajui negara sebagai Perdana Menteri selepas PRU14 nanti.

    Pada 2 Julai 2015, pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) juga menyumbangkan prestasi baik ekonomi negara dan telah mendapat penarafan positif oleh Fitch Ratings. Dalam rating terbaharu mereka, Fitch mengesahkan penarafan mata wang asing jangka panjang negara pada A-. Fitch telah menyemak semula dan menaikkan penarafan ringgit kepada stabil.

    Badan itu mengesahkan Penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) mata wang asing dan tempatan jangka panjang Malaysia masing-masing kepada A- dan A dengan unjuran stabil dan ini merupakan bukti jelas keyakinan masyarakat antarabangsa ke atas asas ekonomi negara.

    Media asing hanya mencetuskan sensasi dari berita yang mereka laporkan dan ia akan mati selepas kebenaran dari berita palsu itu terbongkar dan didedahkan. Penarafan cemerlang dari agensi antarabangsa tidak boleh direka-reka dan dibuat-buat dan ia akan menjadi asas penilaian pelabur asing untuk menjalankan perniagaan di Malaysia.

    Badan penarafan asing dan institusi kewangan antarabangsa tidak menilai puj manifesfo yang pembangkang buat. Tidak ada nilai pun manifesto pembangkang di peringkat antarabangsa.

    Penilaian itu akan menjelaskan keadaan ekonomi dalam negara stabil dan membuatkan pelabur akan berasa selamat jika melabur di Malaysia. Jika keadaan ekonomi kuat dan stabil, suasana politik juga harmoni dan rakyat akan terus menikmati pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan oleh BN.

    Pertumbuhan ekonomi akan terus dipacu kerajaan melalui projek-projek yang memberi kesan besar kepada rakyat seperti ECRL dan HSR yang akan menyebabkan kerancakan ekonomi dan peluang pekerjaan bertambah kepada seluruh negara.

    Tidak perlu bagi undi diberikan kepada Mahathir dan PH kerana mereka akan tutup peluang kerja dan melembabkan pertumbuhan ekonomi negara. Masa depan Malaysia akan "rewind" ke belakang jika rakyat tersalah undi.

    Undilah BN
    #BersamaBN
    #HebatkanNegaraku

    Tulisan :
    Beruang Biru
    BB878, Jumaat
    20 April 2018
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Badan Penarafan Antarabangsa Iktiraf Manifesto Barisan Nasional Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top