My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 17 April 2018

    Barang Segar Di Muka Pintu



    GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, pengendali jenama pasar raya runcit premium Cold Storage memperkenalkan perkhidmatan penghantaran makanan segar dan barangan runcit ke rumah pertamanya di wilayah Utara bermula pada 16 April ini. 

    Perkhidmatan yang ditawarkan dengan kerjasama jenama perkhidmatan beli-belah barangan runcit atas talian, HappyFresh itu adalah sebahagian daripada pelan perluasan sempena ulang tahun ketiga jenama terbabit serta lanjutan daripada hubungan sedia adanya dengan Cold Storage.

    Pengarah Upscalenya, Alice Lau berkata, pihaknya melancarkan perkhidmatan itu dengan HappyFresh sejak awal tahun ini di Lembah Klang di mana ia mendapat maklum balas positif daripada orang ramai.

    Menurutnya, perluasan perkhidmatan itu akan memberi peluang kepada syarikat meningkatkan kehadiran dan liputan jenama Cold Storage serta memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat di Pulau Pinang dan menggunakan platform digital sebagai cara utama untuk membeli produk dan perkhidmatan.

    “Hari ini menandakan peristiwa penting bagi kami kerana kami dapat menggembirakan pelanggan di Pulau Pinang dengan produk segar dan hasil berkualiti yang dihantar terus ke pintu rumah mereka,” katanya dalam kenyataan, semalam.

    Orang ramai kini boleh mendapatkan pilihan produk segar lebih mudah dengan hanya memuat turun aplikasi HappyFresh untuk memilih dan menempah makanan serta bahan segar daripada Cold Storage Gurney Plaza atau Island Plaza.

    Produk itu akan dihantar dalam tempoh masa satu jam apabila tempahan sudah dilakukan atau mengikut masa yang dipilih oleh pelanggan.

    Sementara itu, Ketua Pembangunan Perniagaan HappyFresh Malaysia, Cassandra Chong berkata, sekarang adalah masa tepat untuk berada dalam industri kerana pengguna menunjukkan lebih minat dan kepercayaan dalam penghantaran barangan runcit secara atas talian.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Barang Segar Di Muka Pintu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top