My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 21 April 2018

    Dua Kali Rempuh Balai Polis



    POLIS terpaksa melepaskan dua das tembakan dalam usaha mempertahankan diri selepas seorang lelaki merempuh pintu hadapan Balai Polis Kampung Koh, Sitiawan, hari ini. 

    Dalam kejadian 1.45 pagi itu, lelaki berusia 28 tahun dipercayai penagih dadah, bertindak mengundur kereta dipandunya sehingga merempuh pintu balai terbabit. Rempuhan menyebabkan bahagian hadapan balai rosak dan cermin pecah. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

    Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman, berkata ketika kejadian, dua anggota sedang bertugas dan berada di kaunter aduan. Katanya, selepas rempuhan pertama, suspek mengulangi tindakan sama menyebabkan seorang anggota terpaksa melepaskan tembakan ke arah kenderaan bagi mengelak tindakan lebih agresif.

    “Tindakan pantas itu juga membolehkan suspek ditangkap dan dia disyaki di bawah pengaruh dadah. Anggota terselamat dan suspek luka di kepala dan muka,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

    Muhammad Hanif berkata, pemeriksaan lanjut ke atas suspek mendapati dia mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan kes ceroboh, khianat dan dadah. Beliau berkata, kereta suspek remuk di belakang dan cermin pecah selain terdapat kesan tembakan pada bahagian belakang kereta itu. 

    “Suspek dihantar ke Hospital Seri Manjung di sini untuk rawatan dan dia disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat serta menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dua Kali Rempuh Balai Polis Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top