My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 26 April 2018

    Fitbit Lancar Versa baru



    FITBIT melancarkan model Versa yang ringan dengan pemantauan tahap kesihatan anda. Versa mengesan degupan jantung 24/7, senaman di skrin, pengesan tahap tidur dan boleh dipadankan dengan Android untuk membalas mesej. 

    Selain itu, ia mempunyai keupayaan kalis air sehingga mampu dibawa masuk ke dalam kolam renang dan paling menarik berupaya bertindak sebagai Fitbit Pay bagi membolehkan bayaran dibuat terus menerusi jam pintar ini.

    Pada harga RM990, Fitbit Versa mempunyai beberapa sensor seperti altimeter, 3-axis, kompas digital, GPS, pengesan degupan jantung optikal dan sensor pencahayaan ambien.

    Tempoh mengecasnya hanya satu hingga dua jam selain menggunakan sambungan Bluetooth 4.0 yang mesra Android, iOS atau Windows. Manakala versi khas dengan sensor NFC pula berharga RM1,120.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Fitbit Lancar Versa baru Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top