My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 17 April 2018

    Gagal Lolos Kali Ini...



    PENGANGGUR yang mempunyai tujuh rekod kesalahan dadah gagal meloloskan diri dalam serbuan di bangsal dalam hutan di Kampung Cegar Batang, Jertih, semalam. Dalam operasi itu, anggota polis turut merampas 1,200 biji pil WY bernilai RM12,000 dan satu peket mampat daun kering dipercayai ganja bernilai RM50 yang disimpan oleh suspek dalam sebuah beg sandang berwarna hitam. 

    Difahamkan, suspek sedang menunggu pelanggan dalam hutan berkenaan. Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota polis yang menjalankan 'Ops Tapis' menyerbu suspek yang bersendirian di kawasan itu pada 5.30 petang.

    Katanya, usaha suspek untuk meloloskan diri gagal berikutan dia sudah dikepung dari semua arah. “Pemeriksaan mendapati suspek bersama satu beg sandang yang mengandungi 1,200 biji pil WY dalam beberapa peket plastik biru seberat 139.63 gram dan satu pek tumbuhan kering mampat dipercayai ganja seberat 4.14 gram,” katanya.

    Menurutnya, suspek dibawa ke Balai Polis Kampung Raja untuk siasatan lanjut sebelum didapati mempunyai tujuh rekod pelbagai kesalahan dadah. Katanya, polis turut merampas motosikal Honda EX5 daripada suspek dipercayai digunakan dalam aktiviti haram itu.

    “Siasatan awal polis mendapati suspek bergiat aktif dalam aktiviti pengedaran dadah di kawasan Pasir Akar sejak Disember lalu. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Gagal Lolos Kali Ini... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top