My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 20 April 2018

    'Gaya Ala Berkemban Kerana Terpaksa'




    PELAKON popular, Maya Karin mengakui tidak peduli dengan kecaman netizen membabitkan gaun seksi ala berkemban digayakannya pada Anugerah Meletop Era 2018 (AME18) yang berlangsung, baru-baru ini. 

    Pada majlis bertemakan Creative BlackTie itu, Maya melaram dengan gaun biru rekaan Fizi Woo pada acara permaidani merah. Menurut Maya, 38, dia terpaksa mengenakan gaun itu pada saat akhir kerana tidak sempat menyediakan baju lebih awal untuk acara itu.

    "Sebenarnya, saya baru kembali dari bercuti bersama keluarga di Legoland dan Pulau Tioman, Johor sebelum ini. Namun, saya berterima kasih kerana pereka fesyen Fizi yang menyelamatkan keadaan dengan memberitahu dia ada dua gaun untuk saya pilih.

    "Satu gaun menutup semua anggota tubuh sampai ke leher tetapi terlalu labuh dan tidak mengikut bentuk badan. Akhirnya, saya memilih gaun yang satu lagi dan agak seksi kerana tiada pilihan lain," katanya.

    Ditanya komen netizen pula, kata Maya lagi, dia sudahpun bersedia dengan kecaman itu. “Saya ada baca komen seorang netizen yang mendakwa gaun yang saya pakai itu seksi tapi cara dia tegur bukan dengan nada negatif.

    “Bagi saya ia adalah perkara biasa bila ada orang suka apa yang kita pakai atau sebaliknya. Seksi itu agak subjektif. Ramai juga yang beri komen gaun yang saya pakai itu cantik. Sebab itu, saya lebih suka menerima komen yang positif dari negatif," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Gaya Ala Berkemban Kerana Terpaksa' Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top