My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 25 April 2018

    Guru Durjana Ditahan



    GURU lelaki yang didakwa mencabul murid perempuannya berusia lapan tahun ditahan polis selepas hadir memberi keterangan di Balai Polis Pusat Miri, petang semalam Suspek berusia 40 tahun ditahan pada 3.30 petang dan akan direman pagi ini untuk siasatan lanjut. 

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, suspek didakwa mencabul mangsa di belakang meja guru bilik kelas di sekolah di Batu Niah, baru-baru ini. Menurutnya, perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa menceritakan perkara itu kepada ibunya berusia 26 tahun sebelum ibunya membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

    "Mangsa mendakwa sering dicabul suspek dan kejadian itu sudah berlarutan ketika mangsa berusia tujuh tahun," katanya.

    Katanya, suspek kemudiannya dipanggil untuk memberikan keterangan di Balai Polis Pusat Miri sebelum suspek ditahan untuk siasatan. "Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) dan 16 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Guru Durjana Ditahan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top