My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 16 April 2018

    Hutang RM30 Punya Hal



    GARA-gara berhutang RM30, buruh ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki yang juga rakan mangsa, di dalam rumahnya di Jalan Sekerat, Tawar, Baling, 8.15 malam tadi. Akibat kejadian itu, mangsa berusia 45 tahun cedera di belakang badan dan tangan kiri.

    Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Shariffuddin Yusof berkata, mangsa dipercayai diserang tiga lelaki yang dikenalinya, berusia antara 20-an hingga 30-an. Beliau berkata, punca hutang dan tidak puas hati menyebabkan tiga suspek menyerang dan menetak mangsa di rumahnya.

    "Siasatan awal yang dilakukan pegawai penyiasat mendapati motif kejadian adalah kerana hutang. Anggota kemudian membuat tangkapan ketiga-tiga lelaki berkenaan di tepi Jalan Kampung Baru, Sungai Tawar kira-kira 9 malam hasil maklumat orang awam,” katanya.

    Shariffuddin berkata, kesemua suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK). “Mangsa pula di hantar ke Hospital Baling (HB) sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut dan kini berada dalam keadaan stabil,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hutang RM30 Punya Hal Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top