My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 18 April 2018

    Jangan Heret SPAD Ke Kancah Politik Kotor



    Kadang kala, sukar untuk memahami sikap suka menabur fitnah yang ada di kalangan segelintir rakyat Malaysia. Seolah-olah mereka cukup berbangga membuat fitnah tanpa memikirkan akibat dari perbuatan mereka. Ditambah pula dengan negara yang sedang dalam rangka persiapan untuk Pilihan Raya Umum ke 14, sikap sebegini semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

    Dalam hal ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) juga tidak terkecuali dari menerima fitnah dari kalangan netizen terutamanya pengguna laman sosial Facebook dan applikasi Whatsapp yang sudah tidak tahu membezakan antara politik dan hakikat sebenar.

    Terbaru, SPAD difitnah kononnya Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia yang diumumkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 13 April lepas, hanya akan diserahkan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 selesai diadakan. Ini telah menimbulkan kemarahan para pemandu teksi sehingga menimbulkan sedikit ketegangan pada hari berkenaan.

    Apa yang ingin ditanyakan adalah, kenapa SPAD diheret sama kedalam kancah politik sedangkan sejak dari awal penubuhan SPAD sekitar tahun 2010, agensi ini hanya bertanggungjawab keatas keselamatan kenderaan awam darat di seluruh Malaysia. Ianya tidak ada kena mengena sama sekali dengan politik.

    Perlu difahami bahawa, Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia berkenaan diwujudkan adalah untuk meringankan beban pemandu teksi yang sering kali merungut mengenai persaingan mereka dengan perkhidmatan Grab. Ianya bukan bersifat populis mahupun bermotifkan politik semata-mata.

    Justeru, memang sukar untuk difahami kenapa perkara seumpama ini perlu dipolitikkan. Adakah mereka yang mencipta fitnah ini tidak sedar bahawa Akta Anti Berita Palsu sudah digazetkan dan sudah dikuatkuasakan?

    Sehingga kini, difahamkan, SPAD akan membuat laporan kepada pihak polis sekiranya perkara seumpama ini masih berleluasa. Pihak SPAD memandang berat tuduhan liar seumpama ini kerana dibimbangi, maruah dan intergriti SPAD selaku penguatkuasa perkhidmatan awam darat negara terjejas dengan fitnah jahat seumpama ini.

    Orang ramai terutamanya para pemandu teksi boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kad Bantuan Teksi 1Malaysia boleh dilayari di laman web www.spad.gov.my/ms/pengusaha-kenderaan/teksi/kad-bantuan-teksi-1malaysia .

    Pada masa yang sama para pemandu teksi yang masih belum mendapat kad bantuan berkenaan, boleh berbuat demikian bermula 17 April sehingga 16 Julai depan. Malah, pihak SPAD juga turut menyediakan sebanyak 67 ribu kad bantuan berkenaan.

    Tidak ada apa yang perlu dirisaukan dan tidak ada sebab untuk pihak-pihak berkenaan bersusah payah mereka fitnah yang langsung tidak bertanggungjawab.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jangan Heret SPAD Ke Kancah Politik Kotor Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top