My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 23 April 2018

    Kajol Enggan Terima Watak Stereotaip



    PRIMADONA Bollywood, Kajol Devgan dilaporkan enggan lagi melakonkan watak-watak stereotaip dalam mana-mana filem terbaharu lakonannya selepas ini. 

    Ia didedahkan suami Kajol, Ajay Devgan seperti mana dilaporkan portal Times Of India. Ajay memberitahu, dia dan Kajol kini sudah berada pada satu fasa dalam karier masing-masing yang tidak lagi membawakan watak-watak stereotaip seperti pasangan bercinta dan sebagainya.

    Disebabkan itu, peminat sukar untuk menyaksikan gandingan pasangan bahagia ini di layar perak apabila kali terakhir bergandingan bersama sekitar satu dasawarsa lampau iaitu filem berjudul U Me Aur Hum pada 2008. Ketika ini, Kajol sedang giat menjalani penggambaran filem berjudul Eela yang turut diterbitkan oleh Ajay.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kajol Enggan Terima Watak Stereotaip Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top