My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 25 April 2018

    Lonjakan Animasi



    Industri kandungan kreatif dan animasi dilihat akan terus menjadi penyumbang signifikan kepada ekonomi digital negara apabila merekodkan pertumbuhan jualan eksport RM1.42 bilion berdasarkan prestasi MSC pada tahun lalu. 

    Naib Presiden Teknologi dan Kandungan Kreatif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Hasnul Hadi berkata, industri animasi sendiri mencatatkan perolehan lebih RM200 juta dan meningkat 18 peratus antara 2013 dan 2017. Katanya, jumlah eksport pula menggalakkan dengan lebih RM120 juta iaitu berkembang pada kadar 37 peratus sejak 2013.

    “Sehingga kini, terdapat lebih 365 studio dalam negara terbabit secara langsung di beberapa produksi animasi, sekali gus mencipta 11,150 peluang pekerjaan di pelbagai sektor kreatif seperti animasi, permainan, media baru, VFX dan platform insfrastruktur.

    “MDEC juga komited menyediakan sumber dan mencipta peluang bagi pemain kandungan kreatif membangunkan kandungan tempatan dalam memenuhi pasaran global,” katanya, di sini. 

    Menurutnya, Malaysia juga berpotensi besar menjadi lokasi pelaburan yang mampu membekalkan bakat dan kandungan bertaraf dunia, sekali gus menjadi hab kandungan kreatif bagi rantau lain. Sebagai permulaan untuk Malaysia, beliau berkata, industri animasi 3D turut menjadi sumber inspirasi dalam membangunkan industri kreatif.

    “Sejak animasi 2D Hikayat Sang Kancil pada 1978, Malaysia merevolusi industri animasi apabila memperkenalkan 3D Saladin: the Animated Series pada 2010.

    "Hari ini negara menjadi rantau yang paling aktif mengeluarkan kandungan animasi termasuk Didi & Friends dan Omar & Hana (Digital Durian), BoBoiboy (Monsta Studios), Ejen Ali (Wau Animation) dan Upin Ipin (Les’ Copaque),” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lonjakan Animasi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top