My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 19 April 2018

    Mayat Kru Ditemukan Dalam Kapal MV Geos



    Mayat Mohamad Saiful Ashnar, 31, seorang daripada kru kapal penggerudi MV Geos yang terbakar semalam ditemukan pada 1.45 tengah hari ini. 

    Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Miri Kapten Md Fauzi Othman berkata, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan sempurna dalam satu daripada bilik berhampiran enjin kapal yang terbakar itu, dengan kesan melecur dikesan di badan mangsa.

    “Mangsa dipercayai terperangkap di dalam bilik tersebut dan mayatnya ditemukan oleh empat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri yang turut mengikuti operasi itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Fauzi berkata, tiga anggota keluarga mangsa yang berada di sini turut mengesahkan identiti mangsa.  Kapal penggerudi MV Geos yang mempunyai 39 kru ketika kejadian kebakaran pada 3.15 pagi semalam dengan 38 daripadanya selamat manakala mangsa gagal menyelamatkan diri.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mayat Kru Ditemukan Dalam Kapal MV Geos Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top