My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 16 April 2018

    Padah Buat Senapang Angin, Polis Tahan Penjaga Parkir



    Tindakan seorang penjaga parkir membuat senapang angin sebelum dijual ia kepada pelanggannya akhirnya mengundang padah apabila dia dicekup di bilik sewanya di Jalan Mendu di sini semalam.

    Lelaki tempatan berusia 60 tahun itu diberkas oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

    Ketua JSJ Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, hasil maklumat awam dan risikan polis, lelaki warga emas terbabit diberkas kira-kira pukul 4 petang. Menurutnya, pemeriksaan lanjut di bilik sewa.suspek menemui lima laras senapang angin buatan sendiri, 19 biji guli yang digunakan sebagai peluru serta pelbagai peralatan yang dipercayai untuk membuat senapang tersebut.

    "Siasatan lanjut mendapati suspek mengaku membuat senapang angin berkenaan untuk dijual kepada para pemburu. Polis akan memohon perintah reman ke atas suspek daripada mahkamah untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Dev menambah, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Padah Buat Senapang Angin, Polis Tahan Penjaga Parkir Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top