My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 17 April 2018

    Pelajar Maut Motosikal Rempuh Basikal



    Seorang pelajar lelaki menemui ajal selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Pantai Belawai di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 pagi itu, mangsa, Muhd. Ridzwan Kepeli, 16, disahkan meninggal dunia di tempat kemalangan akibat kecederaan parah yang dialaminya. 

    Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama kakaknya dikatakan sedang dalam perjalanan menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belawai dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5. 

    Menurut beliau, sebaik tiba di lokasi kemalangan, motosikal yang ditunggang mangsa telah merempuh sebuah basikal dinaiki seorang lelaki berusia 54 tahun yang tiba-tiba membuat pusingan U.

    "Impak rempuhan itu mengakibatkan mangsa tercampak ke atas jalan raya dan mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan. Kakak mangsa serta penunggang basikal pula hanya mengalami kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi hari ini.

    Mengulas lanjut, Alexson memberitahu, mayat mangsa sudah dibawa ke Klinik Kesihatan Belawai untuk tindakan lanjut. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pelajar Maut Motosikal Rempuh Basikal Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top