My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 23 April 2018

    Pembunuh Imam Palestin Diburu



    Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mengumpul maklumat ter­masuk membuat gambar lakaran dua lelaki yang me­nembak mati imam Pa­lestin, Dr. Fadi M.R Albatsh di Setapak di sini kelmarin yang mencetuskan pelbagai spekulasi di sebalik pembunuhan kejam yang berlaku di negara ini.

    Difahamkan, polis sedang menganalisis imej rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian yang merakam dua lelaki menunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis BMW GS sebelum salah seorang daripadanya me­nembak mati Fadi.

    Antara teori awal pembunuhan Fadi ialah pe­nembak pensyarah Universiti Kuala Lumpur (uniL) tersebut disyaki melibatkan pasukan perisik dan kemungkinan kedua, mangsa mungkin ditembak pembunuh upahan.

    Mengenai motif Fadi dibunuh, siasatan polis me­rangkumi pelbagai aspek termasuk kemungkinan mangsa mempunyai kaitan dengan gerakan Hamas di Palestin.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pembunuh Imam Palestin Diburu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top